A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

NASI LEMAK SPECIAL...PAGI JUMAAT 8:15 PTG

hari jumaat, 22 julai hari ini murah rezeki tau. nak tau mengapa? dapat nasi lemak percumalah special lagi. di tanak khas oleh  puan hjh. normah bte hashim.

Nasi lemak ditanak Puan Hjh Normah
                          
     tapi kalau dah kata murah rezeki, emm...emmm...tak dapat makan di bilik guru dapat juga bawak balik. bolehlah kongsi makan dengan eiman dan zara. bebudak 2 orang tu memang peminat nombor satu nasi lemak.

     semua guru stm 1 ni puji habis nasi lemak special dari puan hjh. normah ni. balik nanti barulah nak rasa sebab dah sarapan kat kantin sekolah tadi.
kalau aku tau di bilik guru ada nasi lemak ni dah tentu jimatlah belanja kantin hari ini. tapi tak apalah dah rezeki kantin kan.
     
     makan sarapan di kantin hari ini pun okeylah juga mee maggi goreng dan nasi goreng ditambah ayam goreng yang masih panas.    alhamdulillah...kenyang.

     terima kasih puan hjh. normah. doa aku puan hjh normah dimurahkan rezeki, dilindungi dan diberkati semua ahli keluarganya. lain kali boleh bawa sarapan lagi kat kami ya!

WHITE COFFEE SECAWAN... 1:14 PG

Rumahku syurgaku, itulah yang boleh diungkapkan apabila dapat balik ke rumah selepas penat dok kerja dari pukul 7.00 pagi hinggalah 1.15 petang. Sampai rumah kekadang pukul 2.30 petang. Relaks betul kalau dapat memanjakan diri pulak tu...Hai, bilalah nak dapat memanjakan diri ini ya! Dapat balik sampai pintu pagar rumah tgk rumah pun dah senang hati...gembira rasanya.




     Rumah aku ni dipenuhi dengan pasu-pasu bunga berdaun hijau tak ada bunga, itu yg amat menyejukkan apabila sampai aje di rumah. Pandai betul mak aku ni tanam pokok bunga ya. Terima kasih mak, love you!
      
     Balik aje dari sekolah hari ini, aku pun ajaklah adik kesayanganku ini pergi 'GIANT'. Adik aku ni memang adik yang paling baik tau. Nak tau kenapa puji dia habis-habisan? Tak dapat hadiah pun kalau puji dia ni. Dia tau kakak dia nak "bodek" dia saja. Adikku Ijal namanya, tak pernah bertanya atau membantah kalau kita minta tolong. Ha, punyalah baik adik ni kan.


     Aku nak beli apa tau? Apa lagi kalau tak ' ipoh white coffee'. Dah dekat 3 minggu juga tak meneguk kopi ni. Orang kata ketagih, tapi tak taulah aku nak cakap. Maka kena 'pau' lah kakaknya bila dia tau aku nak beli kopi ni. Tapi tak apalah dari dia kecil memang dia selalu'pau' kakaknya.


   
     Sampai aje rumah apa lagi, dia pun buatlah air kopinya sendiri. Aku pulak kata, "Fatimah, buatkan saya white kopi secawan!". Ha, lega betul bila dapat meneguk kopi ni, mengancam you...


    
     Orang tua kata, kalau mak mertua lalu pun tak nampak. Maklumlah dah tiga minggu tak meneguk air kopi ni. Orang nak kata ketagih pun tak apalah, ketagih white kopi, bukannya ketagih benda yang bukan-bukan. BETUL TAK? Betul..betul..betul...

     Terima kasih Nescafe. TERBAIK PUNYA!....
  

SELIPAR MINIE MOUSE ZARA 4:35 PG

BERTEMU LAGI DAH LAMA JUGA TAK MENCORETKAN CERITA KAT LAMAN NI. SIBUK URUSAN PERIBADI. INI ADA KISAH TERKINI TENTANG PUTERI YG MANJA NI.
     ZARA HAPPY SANGAT-SANGAT TAU. NAK TAU MENGAPA?  ZARA DAPAT SELIPAR BARU. WAH, SELIPAR BARUNYA TU WARNA APA YA?...TENTU RAMAI PAKCIK DAN MAKCIK ZARA DAH DAPAT TEKA.

                  

     NAH, INI DIA SELIPAR BARU ZARA. BETUL JAWAPAN MAK BETTY DAN PAKCIK ZALI. WARNA PINK SIAP ADA GAMBAR MINIE MOUSE LAGI. SELIPAR NI DIBELI SELEPAS TENGOK WAYANG 'HARRY POTTER'. SAJA-SAJA WINDOW SHOPPING TIBA-TIBA DIA TERNAMPAK SELIPAR TU TERGANTUNG DI KAKI LIMA KEDAI. EMM...SUKA BETUL ZARA DPT SELIPAR TU.

  
              
     SELIPAR NI BERBUNYI BILA DIPAKAI. SELAMATLAH ZARA BILA PAKAI SELIPAR NI. TAK PAYAH RISAU KALAU KITA LEKA SEKEJAP JIKA GI SHOPPING. KALAU TAK SIAP NAK MAKNYA MEMEKIK JIKA DIA HILANG. INI PERNAH TERJADI KETIKA KITA ORANG PERGI PLAZA ANGSANA DUA MINGGU YG LALU. ZARA HILANG DLM MASA 10 MINIT. MENGELETAR JUGA MAKNYA MCM HILANG AKAL...
     VIDEO DI ATAS GAYA ZARA MEMAKAI SELIPAR MINIE MOUSE KESAYANGAN TU....LUCU KAN SIAP CATWALK LAGI!.... 
    ITULAH ANAK-ANAK APABILA DAPAT YG DIIDAM-IDAMKAN. MACAM DUNIA INI MEREKA YG PUNYAKAN....BETUL TAK?


                                        

Eiman berjiwa patriotik... 7:00 PG

Hari Isnin 11 Julai, tiada perhimpunan rasmi sekolah. Ini kerana di sekolah aku diadakan sukantara. Oleh itu sebelum ke padang sempatlah aku singgah di kelas Eiman.

     Kelas Eiman ini arah ke padang maka dapatlah jengah nak lihat apa yang Eiman sedang buat. Rupa-rupanya mereka sedang menyanyi lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Maju terus maju.

Eiman dan kawan-kawannya berdiri tegak menyanyi lagu sekolah


     Kagum juga aku melihat murid-murid ini menyanyi dengan penuh semangat patriotisme. Oleh kerana tertarik hati tu aku pun sempatlah merakamkan murid-murid pra sekolah ini menyanyikan lagu sekolah.
                                             

                              
  
     Syabas Eiman dan kawan-kawannya kerana dapat menyanyi lagu sekolah dengan tempo yang betul dan senikata lagu yang tepat.
                                                 
  

Makanan orang ke atau makanan kucing? 12:41 PG

Eiman yang lucu dan cerdik
    
Seperti biasa Eiman balik dari sekolah akan terus ke bilik guru. Jika dia nampak emaknya cepat-cepatlah dia akan beritahu apa yang berlaku hari ini di kelasnya. Dia akan menceritakan dengan beria-ia. Setiap kali jika ada kawannya yang menyambut hari lahir adalah bungkusan makanan ringan yang dibawanya. Ha..ha..inilah cerita tentang makanan ringan tu...lucu juga kalau diingat-ingatkan.

Dried Fish Fillet

Makanan kucing ke?




     Inilah dia makanan yang ingin diceritakan. Masuk sahaja aku ke dalam bilik guru selepas habis mengajar kelas 5 berlian, Eiman pun memberitahu aku, "Ibu, ni makanan kucing lah. Ada gambar ikan kat sampul ni. Nanti balik rumah Eiman nak bagi kucing makan makanan ni."

     Mula-mula panik juga aku. Betulkah ini makanan kucing? Aku pun membelek-belek sampul plastik tu dan membaca pada sampul plastik itu adakah makanan tersebut makanan kucing. Setelah membelek-belek aku dapati itu ialah hirisan ikan yang telah dikeringkan.

    
     Aku pun bagi tau Eiman," Ini bukan makanan kucing tapi makanan untuk orang. Akan tetapi kalau nak bagi kucing pun boleh. Bukan kucing aje makan ikan orang pun makan ikanlah Eiman."

     Budak kecil pun boleh keliru kalau iklan pada sampul tak menarik dan was-was, ya tak?

     Oleh itu pandai-pandailah mereka sampul makanan dengan tanda halal sekali kalau nak menarik perhatian pelanggan untuk makan makanan tu. Taklah dikatakan makanan orang tu makanan kucing....

Sebulan lagi menjelang syawal 2011 7:33 PG

     Syawal tahun lalu 2010, kami keluarga Allahyarham Mustapa bin Mahmood telah menyambutnya di rumah baru Cikgu Shah Rizal dan Puan Fadzlun bte Ismail. Meriah sungguh kami berkumpul di sana.
    
     Suara riuh rendah anak-anak saudara dari usia yang berbeza. Usia anak saudara Pak usu dan Mak usu yang paling kecil sekali ialah setahun.
Maka riuhlah rumah Pak usu ini yang selalunya hanya bunyi suara kucingnya saja...
    
     Juadah kali ini dibawa dari rumah Cikgu Jehan, Cikgu Nina dan Pak cik Toni yang menaja nasi baryani syurga. Memang sedap nasi baryani ni kena dengan namanya. Pak long dan Mak long seperti biasa, bawa ketupat original dan lauk pauk sekali.

     Kami semua berkumpul di rumah baru Pak usu dan Mak usu selepas sembahyang raya. Selepas bermaaf-maafan dan mendapat duit raya barulah kami semua duduk berkumpul dan menjamu selera. Sambil makan sambil berbual-bual. Almaklumlah setahun sekali dapat berkumpul sambil makan-makan. Banyaklah cerita yang diluahkan. Cerita lama-lamalah yang paling best kerana membangkitkan nostalgia.

     Seterusnya, acara ambil gambar hari raya. Macam-macamlah gelagat dan teknik ketika nak ambil gambar. Ini bukannya apa, sebab ramai sangat jurugambar profesional katakan. Akhirnya, inilah gambar-gambarnya.


Keluarga besar kami

Keluarga Pak long dan Mak long






Anak-anak saudara Pak usu dan Mak usu
    

      Inilah dia hasil buah tangan daripada juru gambar profesional tu. Memang hebatkan. Kebanyakkan gambar yang diambil tu ialah gambar-gambar 'candid' iaitu tanpa disedari. Itu yang 'real'kan. Berikut ialah gambar keluarga masing-masing. 


Ahli keluarga Pak cik Bulat dan Hjh. Esah

Ahli keluarga Pak cik Razali dan Mak Betty

Ahli keluarga Pak cik Jamal dan Mak An


Ahli keluarga Pak long dan Mak long






     Selepas bergambar, lewat petang kami pun pulanglah ke rumah masing-masing dengan perasaan ukhuwah dalam keluarga kami.

     Sambutan hari raya tahun 2011 belum lagi ada perancangan di mana kami akan berkumpul. Insyallah, di doakan dapat berkumpul lagi semua ahli keluarga bersama bonda dan nenda tersayang, Hjh. Esah bte Abdul.

Hari Pasukan Badan Beruniform...berjaya 12:34 PG

Banner Hari  Pasukan Badan Beruniform
     Hari Sabtu, 9 Julai telah diadakan Hari Pasukan Badan Beruniform peringkat sekolah. Murid-murid yang terlibat ialah murid-murid tahap 2  iaitu murid tahun 4 dan tahun 5.

     Majlis bermula pada pukul 7.15 pagi dengan pendaftaran guru-guru pemimpin dan murid-murid di meja pendaftaran dan urus setia. Bagi guru-guru pemimpin semasa pendaftaran mereka dikehendaki menulis nama di atas kertas dan masukkan kertas tersebut ke dalam 'magic bottle'. Ini kerana ada cabutan nama bertuah. Amboi, bertuahlah badan yang dapat hadiah itu nanti ya!

Meja pendaftaran dan urus setia
    
    Seterusnya, semua guru pemimpin dan murid-murid berada di dataran maju untuk acara perhimpunan perasmian dan penutupan Hari PBB ini. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah "Maju terus maju". Tamat sahaja nyanyian lagu-lagu tersebut, ucapan perasmian dan penutupan daripada Tuan Guru besar, Encik Sulaiman bin Salleh.

Perhimpunan Hari PBB
     
Guru besar menyampaikan ucapan perasmian
                   

     Acara diteruskan dengan pertandingan-pertandingan. Pertandingan kawat kaki dan memasak diadakan di dataran maju. Pertandingan mendirikan khemah diadakan di dataran  blok baru. Seterusnya selepas kudapan ceramah pertolongan cemas di dataran blok baru.  Pertandingan 'explorace' diadakan sebaik sahaja tamat ceramah. Tepat pukul 12.30 tengah hari, rehat untuk makan tengah hari dan solat zohor.

Pasukan TKRS Johan mendirikan khemah
TKRS tempat ketiga kawad kaki
Batrisyia dan Zahrina berusaha memasak
                   

     Pertandingan seterusnya ialah pertandingan kebudayaan.Kesemua badan pasukan beruniform mengambil bahagian. Pertandingan diadakan di dataran blok baru. Pertandingan kebudayaan ini tamat pada pukul 3.00 petang. TKRS hanya berjaya meraih tempat keempat. 
     
     Selepas itu, penyampaian hadiah kepada cabutan nama bertuah kepada guru-guru yang amat bertuah pada hari tersebut. Seterusnya penyampaian hadiah untuk pertandingan yang telah diadakan. Johan keseluruhan diberikan kepada pasukan Tunas Puteri manakala TKRS hanya berjaya di tempat kedua. Tahniah dan syabas kepada guru-guru pemimpin TKRS dan semua ahli pasukan.

                            Lagu TKRS

Tahniah meraih naib johan keseluruhan
Usaha tangga kejayaan
      Sebelum bersurai, semua ahli PBB bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah seperti sedia kala. Majlis bersurai tepat pukul 4.00 petang.

                                            
                     Tepuk semangat untuk warga PBB
    
     Kelihatan di wajah guru-guru dan murid-murid berpuas hati dan gembira. Mereka berharap dapat diadakan lagi pada tahun hadapan. Tepuk semangat kepada semua guru pemimpin dan ahli PBB SK Tunku Mahmood 1, Kluang.

Zara genap 3 tahun hari ini.... 8:08 PG

   


     8 Julai 2011, tepatlah Nur Zara Syaffiyah bte Haji Jamaluddin berusia 3 tahun.  Dikesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Zara.
     Zara, walaupun hari ini tidak ada sambutan hari jadi kami gembira dapat menyanyikan lagu hari lahir kepadamu. Tepat pukul 8.00 malam sempatlah abahnya menelefon Zara dan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.

     Abahnya mencadangkan esok malam barulah kita akan meraikan hari lahir untuk Zara. Zara, harap bersabarlah kerana esok barulah dapat meniup lilin di atas kek ya!

     Untuk Zara, ibu dan abah mendoakan Zara membesar memiliki sifat-sifat yang terpuji dengan sahsiah yang positif dengan nilai-nilai murni. Didoakan menjadi anak yang solehah...amin..

     Selamat Ulangtahun yang ke 3 tahun Nur Zara Syaffiyah...Kami sayang Zara



Kuih donut untuk cikgu..... 6:13 PG

Tiga biji donut
     Tahukah anda kuih donut? Donut ini biasa saja tidaklah seperti donut yang dijual di ' Dunkin Donut' ataupun di ' Big Apples'. Sesungguhnya donut ini lebih sedap daripada donut yang dijual di dua buah restaurant yang menjadi kegemaran ramai orang. Tahukah anda mengapa?

     Emm...emm...sedapnya donut itu. Tiga biji donut yang dalam  gambar di atas adalah daripada anak murid Cikgu Jehan yang mulia hatinya. Nama anak murid yang mulia lagi baik hati itu ialah Fakhrul Syakirin bin Farouk berusia 11 tahun dan pelajar kelas 5 Berlian. Ini gambar murid tersebut.
Fakhrul Syakirin yang baik hati
      Anak siapakah itu? Ha...dia  ini anak kepada Cikgu Norahimah dan Encik Farouk. Pandai ibu bapanya mendidiknya. Jika anak ini kasihkan gurunya tidak payah lagi kita hendak tertanya-tanya bagaimana tingkah dia di rumah dengan ibu dan bapanya.

     Tepat pukul 9.45 pagi, Cikgu Jehan tidak pergi rehat. Hari itu Cikgu Jehan tidak pergi rehat kerana hendak menghabiskan menanda buku-buku Penulisan kelas 5 Berlian. Setelah menghabiskan baki beberapa buku  beliau pun pergi ke bilik air. Pulang semula ke kelas tersebut, alangkah terperanjatnya beliau kerana di atas meja guru terdapat tiga biji donut dan duit baki.

    "Donut siapakah ini murid-murid?" Cikgu Jehan bertanya kepada murid-murid kelas tersebut. 

    "Donut cikgulah. Syakirin belikan untuk cikgu. Cikgukan tak pergi rehat dia takut cikgu lapar. Bolehlah cikgu makan nanti lepas kelas kami," kata Irfan murid yang selalu mendapat A dalam ujian BM.

     Cikgu Jehan merasa sungguh terharu dengan sikap prihatin Syakirin kepadanya. 

     "Terima kasih Syakirin. Cikgu doakan kamu cemerlang dunia dan akhirat. Ha...duit baki ini cikgu pulangkan kepada kamu. Donut ini pun dah cukup kenyang untuk cikgu. Inilah donut yang paling sedap cikgu pernah makan tau," balas Cikgu Jehan kepada Syakirin. Syakirin pula senyum bangga  atas doa gurunya itu.

      Tahukah anda semua kecemerlangan mendidik anak  mencerminkan prestasi ibu bapa yang mendidiknya. Tahniah dan syabas kepada ibu bapa tersebut.