A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Surat 1 Malaysia 5:21 PG

Salam Perpaduan.


Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi,


Aku sebagai pejuang negara adalah dasar rasa kecintaan kepada Tanah Melayu, negaraku. Biar berputih tulang jangan berputih mata. Alang-alang peluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Inilah pepatah Melayu yang menyemarak semangatku untuk menentang penjajah.


     Tugas pertamaku ketika usiaku baru saja menjejak 20 an adalah berjuang untuk matlamat kemerdekaan. Jika kandas meraih kemerdekaan itu biarlah aku mati bersama-samanya.
     " Akan tetapi dapatkah kemanisan kemerdekaan ini dinikmati memandangkan Tanah Melayu dihuni oleh pelbagai kaum?" Hati kecilku berdetik.
     Bumiku bertuah yang terdiri daripada pelbagai kaum bersatulah demi kemerdekaan negara kita. Oleh itu cabaran utama pejuang-pejuang negara ketika itu termasuk aku ialah menyatu padukan rakyat. Peranan utama perlu dimainkan adalah pakatan parti politik tanah airku. UMNO, MCA dan MIC mesti bersepakatan.
    
    Alhamdulillah pucuk di cita ulam mendatang, ini dapat direalisasikan dengan keunggulan dan ketokohan seorang pemuda perkasa berdarah raja, Tunku Abdul Rahman. Pakatan ketiga-tiga parti politik ini direalisasikan pada tahun 1953. Aku sungguh gembira mendengar perkhabaran ini. Oleh itu, kemerdekaan makin menghampiri Tanah Melayu dan itulah yang diimpi-impikan selama ini. Semoga impian menjadi kenyataan.


     Aku bersama-sama pejuang tanah air ini dapatlah melihat Tunku sanggup melakukan apa saja dengan berkorban tenaga, harta dan minda untuk perjuangan kemerdekaan. Tunku sanggup membina sebuah penginapan sementara sebagai perlindungan kepada pelarian serta orang yang terselamat daripada projek landasan keretapi maut Siam. Api kemarahanku meluap-luap melihat penderitaan dan trauma yang terpaksa dinikmati oleh mereka ini. Di sinilah pelarian dan orang yang terselamat ini memulihkan diri daripada penyakit dan kebuluran sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kampung masing-masing menemui orang yang disayangi.


     Aku amat berterima kasih kepada Tunku kerana beliau begitu murni hatinya menyelamatkan pemuda-pemuda ini. Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa yang sememangnya tenaga mereka amatlah diperlukan ketika negara bersituasi seperti ini. Semangat bencikan penjajah meluap di mana-mana sahaja di majalah, surat khabar dan juga novel-novel. Suara menuntut kemerdekaan diluahkan di mana-mana sahaja melalui pena maupun bicara. Kami nenuntut pendidikan, sosial dan ekonomi kepada rakyat daripada pihak penjajah untuk ditunaikan. Harapan kami itu sia-sia sahaja kerana tuntutan itu dipandang remeh.


   Ancaman daripada pihak komunis juga terpaksa dihadapi. Keganasan pihak komunis di kawasan pedalaman begitu mengugat keamanan di kampung-kampung. Tanah Melayu telah diisytiharkan darurat sejak tahun 1948. Aku dan rakan-rakan pejuang yang lain telah mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran membantah keganasan komunis ini di seluruh negara. Sehinggalah Chin Peng menyerah diri dalam Perjanjian Baling pada tarikh keramat 28 Disember 1955. Kami bersyukur apabila mendengar perkhabaran gembira ini.


     Pada tarikh keramat itu jugalah rombongan wakil raja-raja Melayu yang terdiri daripada pejuang-pejuang keramat yang terdiri daripada pelbagai kaum telah melayarkan bahtera ke London.Kami telah mengadakan perundingan dan akhirnya tuntutan kemerdekaan ini terlaksana pada 8 Februari 1956. Kami telah sampai di tanah air pada tarikh 10 Februari 1956. Perasaan yang teramat gembira untuk umumkan berita gembira ini  begitu teruja.


     31 Ogos 1957, dalam hujan renyai-renyai yang penuh rahmat bertempat di Padang Kelab Selangor telah dipenuhi ribuan rakyat sehingga melimpah-ruah ke jalan raya satu peristiwa bersejarah penuh pengertian akan berlaku. Perasaan berdebar-debar dengan degupan jantung begitu kencang jelas terasa. Detik-detik minit yang berlalu begitu perlahan dirasai sehinggakan malam yang dingin terasa begitu hangat. Detik jam 12.00 tengah malam, jam besar di Bangunan Sultan Abd. Samad yang gagah perkasa itu akan meninggalkan kenangan manis kepada kami rakyat yang setia dan cintakan negara ini untuk selama-lamanya.


    ' Tang...Tang..Tang' jam itu bergema. Kedengaran pekikan ' MERDEKA!MERDEKA!' sebanyak tujuh kali telah memecahkan kesunyian dan kedinginan tengah malam itu. Maka dengan tertib bendera Union Jack diturunkan dan dengan penuh kebanggan  dan bersemangat lagu Negaraku dan bendera Jalur Gemilang dinaikkan dan berkibaran megah membelah angkasa. Kami semua menangis tanpa dapat dibendung air mata di pipi tanpa henti tanda kegembiraan yang teramat sangat.....Akhirnya tanah airku bebas MERDEKA!


    Terima kasihku kepada bapa kemerdekaan di atas perjuangannya itu. Terima kasih Bapa Kemerdekaan. Harapanku pada generasi hari ini berterima kasihlah kepada semua pejuang-pejuang negara pada masa lalu kerana tiada semangat dan pengorbanan mereka kita tidak akan menikmati kesenangan dan kemewahan pada hari ini. Kepada  semua Perdana Malaysia, Terima kasih Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Mahadhir Mohamed, Tun Abdullah Badawi dan Datuk Abdul Razak. Harapanku kepada generasi hari ini yang mewarisi kemerdekaan ini pelihara dan puliharalah semangat cintakan negara dengan menanam dalam diri kita, semangat 1 Malaysia. Sokonglah Perdana Menteri hari ini dengan menghayati semangat 1 Malaysia. Perpaduan sahajalah yang menjamin hidup dalam rukun.


     Terima kasih wahai rakyat Malaysia.