A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Kenanganku Bersama Kalian... Slideshow 3:24 PG

Kenanganku Bersama Kalian... Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Kenanganku Bersama Kalian... Slideshow ★ to Johor Bahru and Kluang. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Nur zara syaffiyah hampir genap 3 tahun... 1:15 PG



Zara yang berusia sehari

     Waktu itu aku masih ingat lagi... Bayi comelku  dilahirkan tepat pada pukul 10.30 pagi pada 8 Julai 2008. Aku sungguh gembira dan amat bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan seorang puteri kepada kami.


     Puteri comel yang seberat 3.56 kg itu telah diberi nama Nur Zara SyaffiyahbteHj.Jamaluddin. Puteriku ini pada mulanya dijangka dilahirkan pada 15 Julai iaitu bersamaan dengan ayahnya, tetapi rupanya dia tak sabar untuk melihat dunia ini lebih awal dari tarikh tersebut.


     Zara itulah panggilan untuknya...yang bermakna puteri. Sememangnya dia ialah puteriku yang ditunggu-tunggu. Setelah hampir genap tiga tahun dia sudah petah bercakap. Tingkah laku yang lucu dan lincah mencuit hati dan menarik perhatian semua abang dan kakaknya. Dia selalu diusik oleh abang-abang dan kakaknya. Dia akan memarahi sesiapa sahaja yang suka membulinya.
Model cilik' Of The Year'



Bergaya maut di depan almari baju
   
Zara posing atas katil
     Gambar-gambar di atas ialah gelagat Zara yang suka sangat berposing. Dia ini pantang nampak kamera ada saja posing yang akan di gayakan. Lucukan...! Minatnya yang lain selain daripada berposing ala model ialah menyanyi. Kadang-kadang sampai sudu pun boleh dijadikan mikrofon. Dia habis tak tumpah seperti suamiku yang suka bergaya dan menyanyi. Bak kata pepatah, mana tumpah kuah kalau tak ke nasi...Bapak borek anak rintik. Mudah-mudahan bijak dan cerdik seperti ayahnya, memanglah iman dan kepandaian itu tak diwarisi tetapi diharap ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan...


Abah buat kolam renang untuk ZARA!
     Sekarang ada kegemarannya yang paling disukai ialah berenang. Sejak pandai dan kenal kolam renang Zara tak boleh duduk diam kalau nampak kolam renang. Dia ni tak takut di kelilingi air itulah yang membuatkan aku berangan nak bina kolam renang di rumah kami. 

Zara berumur 4 bulan dan Eiman 2 tahun

Kami sentiasa bersama
     Eiman ialah kawan Zara yang paling rapat. Apa saja yang dilakukan, bermain dan bergurau serta belajar selalu bersama. Mereka berdua ni ada 'chemistry'. Untung Zara kerana mempunyai abang Eiman. Sejak dari bayi sampai sekarang mereka ni seperti kucing dengan anjing. Alhamdulillah apa yang aku minta Allah kabulkan! Taklah sunyi Eiman dan Zara kerana mereka hampir sebaya.


     Nur Zara Syaffiyah hampir genap 3 tahun tak lama lagi. Dia berharap dapat menyambut Hari Lahir dengan kek hari jadi yang ada lilin di atasnya. Dah praktis nyanyi pun. Doa dan harapan Zara dapat merealisasikan impian itu.
Zara "Selamat Hari Ulang tahun ke 3 tahun"
                
     Tanggal 8 Julai menjelang tiba, hanya menghitung hari saja. Selamat Ulang tahun ke 3 tahun Zara! Kami semua doakan Zara menjadi anak solehah dan cemerlang, gemilang dan terbilang. Sayang Zara....!