A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Cahayamata yang berperibadi cemerlangkah AKU? 4:47 PTG

Ibu dan ayahku, terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan aku. Gembirakah ayah dan ibuku sekiranya aku berperibadi CEMERLANG? Berjaya dalam akademik sudah tentu membuatkan mu gembira dengan tangisan airmata. Itu tak apa. Syukur alhamdullilah.Tapi yang aku amat takuti jika ayah dan ibu duka dengan tangisan air mata jika anak-anakmu alias cahaya matamu berderai negatif peribadinya....JAUHKANLAH YA ALLAH......
     Peribadi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan jati diri sebagai Islam itu lebih utuh dan gah jika dibandingkan dengan kecemerlangan akademik. Alangkah lebih disyukuri dan bonus seperti durian runtuh jika cahaya mata itu cemerlang kedua-duanya sekali gus. Doa dan kasih sayang ibu dan ayah berbaloi-baloi dan sejuk perut ibu yang mengandungkan cahaya mata itu, jika cahaya matanya memiliki kedua-duanya kecemerlangan tersebut itu.
     Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud " Tidak ada sesuatu yang lebih besar di atas neraca timbangan seseorang hamba pada hari kiamat selain daripada akhlak yang mulia." (Riwayat Abu Daud)
     Cahaya mataku, renung-renungkan lah dan hayatilah seperti mana kamu menghayati lagu-lagu yang popular hari ini sehinggakan senikata lagu tersebut dihafal setengah mati. Tidak rugi dunia dan akhirat sekiranya menjadi anak-anak yang berperibadi cemerlang. Ibu bapaku selalu berpesan dan mengingatkan kepadaku. Apakah pesanan yang selalu dipesan bertalu-talu itu? Baik melalui facebook maupun sms atau pun panggilan telepon.  Sudah sembahyangkah kamu wahai cahaya mataku? Bangun dari tidurmu dan jangan lupa sembahyang dan bacalah Al QURAN.
     Cahaya mataku, jangan kau banyak mengumpul A dalam semua subjekmu jika kau lupa A yang satu ini. Apakah A yang satu ini wahai ayah dan ibuku? Jawab ayah dan ibu, A yang satu itu ialah ALLAH , wahai anakku. Berbahagialah kamu cahaya mataku jika kau memiliki kedua-dua A tersebut dengan jalan yang diredhai Allah. Kuatkan imanmu dengan bersolat dan membaca Alquran. Dengan berbekalkan itu, menjjadikkan kau cahaya mataku tidak akan sesat di perjalanan yang kau sedang susuri. Jika kau alpa dan sesat tetapi tidak meninggalkan ALLAH, ibu dan ayah percaya cahaya mataku akan dapat jalan pulangnya.
     Firman Allah dalam surah Al-An'am ayat 162 yang bermaksud: "Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan yang memelihara sekalian alam".
     Terima kasih cahaya mataku sekiranya dapat memenuhi doa ibu dan ayah.