A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Eiman berjiwa patriotik... 7:00 PG

Hari Isnin 11 Julai, tiada perhimpunan rasmi sekolah. Ini kerana di sekolah aku diadakan sukantara. Oleh itu sebelum ke padang sempatlah aku singgah di kelas Eiman.

     Kelas Eiman ini arah ke padang maka dapatlah jengah nak lihat apa yang Eiman sedang buat. Rupa-rupanya mereka sedang menyanyi lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Maju terus maju.

Eiman dan kawan-kawannya berdiri tegak menyanyi lagu sekolah


     Kagum juga aku melihat murid-murid ini menyanyi dengan penuh semangat patriotisme. Oleh kerana tertarik hati tu aku pun sempatlah merakamkan murid-murid pra sekolah ini menyanyikan lagu sekolah.
                                             

                              
  
     Syabas Eiman dan kawan-kawannya kerana dapat menyanyi lagu sekolah dengan tempo yang betul dan senikata lagu yang tepat.
                                                 
  

Makanan orang ke atau makanan kucing? 12:41 PG

Eiman yang lucu dan cerdik
    
Seperti biasa Eiman balik dari sekolah akan terus ke bilik guru. Jika dia nampak emaknya cepat-cepatlah dia akan beritahu apa yang berlaku hari ini di kelasnya. Dia akan menceritakan dengan beria-ia. Setiap kali jika ada kawannya yang menyambut hari lahir adalah bungkusan makanan ringan yang dibawanya. Ha..ha..inilah cerita tentang makanan ringan tu...lucu juga kalau diingat-ingatkan.

Dried Fish Fillet

Makanan kucing ke?




     Inilah dia makanan yang ingin diceritakan. Masuk sahaja aku ke dalam bilik guru selepas habis mengajar kelas 5 berlian, Eiman pun memberitahu aku, "Ibu, ni makanan kucing lah. Ada gambar ikan kat sampul ni. Nanti balik rumah Eiman nak bagi kucing makan makanan ni."

     Mula-mula panik juga aku. Betulkah ini makanan kucing? Aku pun membelek-belek sampul plastik tu dan membaca pada sampul plastik itu adakah makanan tersebut makanan kucing. Setelah membelek-belek aku dapati itu ialah hirisan ikan yang telah dikeringkan.

    
     Aku pun bagi tau Eiman," Ini bukan makanan kucing tapi makanan untuk orang. Akan tetapi kalau nak bagi kucing pun boleh. Bukan kucing aje makan ikan orang pun makan ikanlah Eiman."

     Budak kecil pun boleh keliru kalau iklan pada sampul tak menarik dan was-was, ya tak?

     Oleh itu pandai-pandailah mereka sampul makanan dengan tanda halal sekali kalau nak menarik perhatian pelanggan untuk makan makanan tu. Taklah dikatakan makanan orang tu makanan kucing....