A.S.A.M.....GARAM
Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....
Zara genap 3 tahun hari ini.... | 8:08 PG |
comments (0)
Filed under:
Coretan hjhnoor 0731
|
8 Julai 2011, tepatlah Nur Zara Syaffiyah bte Haji Jamaluddin berusia 3 tahun. Dikesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Zara.
Zara, walaupun hari ini tidak ada sambutan hari jadi kami gembira dapat menyanyikan lagu hari lahir kepadamu. Tepat pukul 8.00 malam sempatlah abahnya menelefon Zara dan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.
Abahnya mencadangkan esok malam barulah kita akan meraikan hari lahir untuk Zara. Zara, harap bersabarlah kerana esok barulah dapat meniup lilin di atas kek ya!
Untuk Zara, ibu dan abah mendoakan Zara membesar memiliki sifat-sifat yang terpuji dengan sahsiah yang positif dengan nilai-nilai murni. Didoakan menjadi anak yang solehah...amin..
Selamat Ulangtahun yang ke 3 tahun Nur Zara Syaffiyah...Kami sayang Zara
Kuih donut untuk cikgu..... | 6:13 PG |
Filed under:
Coretan hjhnoor 0731
|
Tiga biji donut |
Emm...emm...sedapnya donut itu. Tiga biji donut yang dalam gambar di atas adalah daripada anak murid Cikgu Jehan yang mulia hatinya. Nama anak murid yang mulia lagi baik hati itu ialah Fakhrul Syakirin bin Farouk berusia 11 tahun dan pelajar kelas 5 Berlian. Ini gambar murid tersebut.
Fakhrul Syakirin yang baik hati |
Tepat pukul 9.45 pagi, Cikgu Jehan tidak pergi rehat. Hari itu Cikgu Jehan tidak pergi rehat kerana hendak menghabiskan menanda buku-buku Penulisan kelas 5 Berlian. Setelah menghabiskan baki beberapa buku beliau pun pergi ke bilik air. Pulang semula ke kelas tersebut, alangkah terperanjatnya beliau kerana di atas meja guru terdapat tiga biji donut dan duit baki.
"Donut siapakah ini murid-murid?" Cikgu Jehan bertanya kepada murid-murid kelas tersebut.
"Donut cikgulah. Syakirin belikan untuk cikgu. Cikgukan tak pergi rehat dia takut cikgu lapar. Bolehlah cikgu makan nanti lepas kelas kami," kata Irfan murid yang selalu mendapat A dalam ujian BM.
Cikgu Jehan merasa sungguh terharu dengan sikap prihatin Syakirin kepadanya.
"Terima kasih Syakirin. Cikgu doakan kamu cemerlang dunia dan akhirat. Ha...duit baki ini cikgu pulangkan kepada kamu. Donut ini pun dah cukup kenyang untuk cikgu. Inilah donut yang paling sedap cikgu pernah makan tau," balas Cikgu Jehan kepada Syakirin. Syakirin pula senyum bangga atas doa gurunya itu.
Tahukah anda semua kecemerlangan mendidik anak mencerminkan prestasi ibu bapa yang mendidiknya. Tahniah dan syabas kepada ibu bapa tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)