A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Maaf memaafi susah ke....? 6:44 PTG



Maaf memaafi memang sentiasa dituntut untuk kita menuturkan perkataan yang pendek dan ringkas itu. Kekadang memang susah untuk seseorang meminta maaf. Ini kerana ego yang menebal dalam diri orang tersebut. 
     
     Adakah kalau kita meminta maaf itu bermakna kita ada membuat kesalahan atau kesilapan? Tidak semestinya...
Jika kita meminta maaf sentiasa dengan orang di sekeliling kita telah menunjukkan nilai diri kita sebesarnya. Tidak semestinya juga nilai diri kita ditentukan oleh orang, tetapi nilai diri kita sebenarnya hanya ditentukan oleh ALLAh swt.
     
     Tidak semestinya juga jika kita meminta maaf kita adalah yang bersalah tetapi sebenarnya itulah penghargaan kita dalam persahabatan dan silaturahim. Agama kita memang mengajar kita supaya menjaga ukhuwah kita sesama makhluk di atas muka bumi ini yang berkongsi tanah dan udara.
    
      Ego, super ego dan id ego memang ada dalam diri kita. Akan tetapi jika kita ingin dihargai dan menghargai, disayangi dan menyayangi, dihormati dan menghormati maka perlulah sentiasa maaf memaafi antara satu sama lain. 
     

Kisah Dirang...... 1:57 PG



Sedih betul-betul sedih apabila membaca cerita tentang kanak-kanak yang berusia lima tahun iaitu Dirang. Di manakah hati nurani seorang yang bernama manusia? Wajah Dirang yang comel dan suci itu sanggup diperlakukan oleh seorang yang bernama manusia. Haiwan pun sayang kan anak-anak mereka dan binatang yang lain. Haiwan yang tidak diberikan akal tetapi ada sikap perikemanusian.

     Saya dapat mengagak bahawa ayahnya tak akan mampu melakukan pekerjaan terkutuk itu kepada anaknya. Memang dia sayang kepada anaknya akan tetapi sikap manusia yang rakus dan pemikiran yang tidak stabil sahaja yang sanggup melakukan perkara di luar tahap kesedaran mereka.

     Daripada peristiwa dan kejadian ini dapat memberikan pengajaran kepada kita supaya mempunyai sikap-sikap yang baik yang perlu kita terapkan ke dalam jiwa dan nurani kita.

     Maka oleh itu, jagalah dan ambil tahu keselamatan anak-anak kita dan anak-anak tetangga kita. Jauhkan sikap pedendam dalam jiwa dan rohani kita. Rugikah jadi orang yang baik dan mencintai silaturahmi?

     Di doakan roh anak ini Dirang dicucuri rahmat dan di tempatkan kalangan para solehin....amin