A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Lama tak mencoret.... 4:26 PG

Agak lama saya tak mencoretkan cerita, kisah dan pengalaman dalam blog ini....Rasa-rasanya macam dah kehabisan tenaga kerana kepenatan seharian bekerja dan melayan kerenah FB...

Kadang-kadang macam banyak sangat idea tu, tapi kadang-kadang macam dah tak mampu nak menulis ni. Anak-anak murid saya dah merungut kerana lama sangat tak ada cerita baru yang mereka hendak baca.

Anak-anak 4 Mutiara , bersabarlah kerana cikgu anda sedang mengumpulkan tenaga semula untuk menulis dalam blog ini.

dR II 5:08 PG

Pernah tak dengar dR II? ....Tentu pernah dengarkan. Pengeluar produk ini ialah Dato Dr Che Rozmey, pengasas Herba Prima Marketing. Beliau juga ialah pengeluar filem 2 Alam tu. Banyak juga produk kesihatan yang telah dikeluarkan dan ramai juga yang telah sihat hasil daripada makan produk tersebut.

Saya telah mengambil kesempatan untuk mencuba produk seperti gambar di atas. Baru aje minum 3 kotak tapi terputus sebab susah juga nak dapat bekalannya. Tapi sekarang alhamdulillah tak susah sebab dah ada pengedar di JB dan mudah untuk mendapatkan produk ini. Ini kerana suami saya, Dr. Hj. Jamaluddin yang amat menyokong saya dengan membeli dan menggalakkan saya minum dR II ini. Moga dengan sokongan dan galakan beliau saya cepat pulih.


Memang hebat produk ini tau...macam dah nampak hasilnya. Insyallah moga doa saya dimakbulkan ALLAH SWT untuk saya pulih daripada kulit yang sangat sensitif dan alergik ini.

Terima kasih ddr......

Gara-gara nak Hari Raya...Spa Tradisional 11:25 PTG

Ini dia cerita tentang anakku yang bernama Nur Zara Syaffiyah bte Hj. Jamaluddin...Nak tau apa keletahnya kali ini. Mari kita lihat....

Zara menikmati kedinginan hirisan timun pada matanya
 Aktiviti  di atas dilakukan kita semua orang sedang sibuk berbuka puasa. Kebetulan semalam kita buka puasa berulam timun dengan sambal belacan Sarawak. Zara ini semua dah sedia maklum seorang anak yang cerdas dan cergas. Dia nampak hirisan timun yang baru keluar dari peti sejuk. Dia pun apa lagi ambil lah dua hirisan. Kakaknya Hanny tanya dia nak buat apa dengan hirisan timun tu. Maka dia membalasnya dengan mengatakan nak letak kat mata.


Tak percaya juga saya, kecil-kecil lagi dah tau nak jaga kecantikan mata secara tradisional. Saya nak tau betul ke atau tak saya pun terus mencapai kamera dan merakamkan reaksinya tu... Memang betul dia baring atas katil dan melekapkan hirisan timun di matanya sambil menyanyi...Enjoy life betul anak ini ya! 


Selepas lebih kurang 10 minit, dia pun mengambil hirisan timun tu dari matanya. Nak tau apa dia buat dengan hirisan timun tu. Ha,...ini dia....