A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Setelah enam bulan berlalu.... 3:36 PG

Ini ialah anakku yang paling comel dan ceria. Sejak kecil dia ialah penghibur hatiku maklumlah setelah lapan tahun barulah aku dan suamiku serta keluarga besar kami dikurniakan seorang lagi bayi lelaki. Nama anak kecilku ini ialah Muhammad Nurul Eiman dan sekarang berusia hampir mencecah 6 tahun pada 18 Disember nanti...
    
     Januari 2011, Eiman telah pun bersekolah di Pra sekolah Mutiara di Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 1. Guru kelas ini bernama Puan Suraya. Setelah enam bulan berlalu, Eiman dapat menyesuaikan dirinya di alam persekolahan. Setiap kali apabila pulang dari sekolah ada saja cerita yang hendak diceritakan. Eiman ni satu perkara yang terbaik daripadanya ialah kalau ada surat dan kerja rumah yang perlu diserahkan  kepada ibu bapa dia tidak lupa menyerahkan kepada ibu bapa.
    
     Setiap pagi hari persekolahan susah betul nak kejut Eiman bangun tidur untuk ke sekolah. Akan tetapi jika ayahnya ada atau kejut untuk bangun ke sekolah paling senang sekali. Alangkah bagusnya jika suamiku bekerja di daerah Kluang dan selesailah masalah Fatimah untuk kejutkan Eiman bangun tidur. Ha... di sebelah tu gambar Eiman di kelasnya. Gambar ni dia rakamkan sendiri...Bijak anak ibukan! Setelah enam bulan berlalu, Eiman dah pun kenal huruf, mengeja dan mengira tambah.Akan tetapi dia kena lebih tumpuan untuk latih tubi mengeja. Itu aku perlu tumpukan latihan di rumah. Terima kasih cikgu Suraya!
      "Ok, Eiman nanti ibu bantu Eiman mengeja ya. Tetapi Eiman perlu bekerjasama dengan ibu!" kata aku kepada Eiman.
    
     Banyak juga hasil kraftangan yang dibuatnya. Boleh tahan hasilnya. Nama pun budak baru nak capai usia 6 tahun...



      Gambar di atas ialah hasil krat tangan Eiman. Syabas!  Eiman kerana berjaya menghasilkan kraft tangan tersebut. Usaha lagi okey!
      Itulah dia masalah yang dihadapi Eiman dan kejayaannya dalam subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah.
     Harapan abah dan ibu, Eiman terus berusaha untuk belajar kerana ibu dan abah selalu berada disampingmu. Bak kata pepatah, rajin usaha tangga kejayaan.
     Terima kasih anakanda kesayanganku di atas kegigihanmu untuk belajar pada usia yang menghampiri enam tahun. Setelah enam bulan berlalu, TAHNIAH untuk Eiman!....TAHNIAH juga kepada Cikgu Suraya dan Puan Zamzarina !....