A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

ALHAMDULILLAH... 12:28 PG

Pada 16 Januari yang baru berlalu hatiku sangat gembira. Ini kerana aku  telah dapat tawaran melanjutkan pendidikanku. Harapanku agar aku dapat meneruskan pelajaran dengan doa serta sokongan semua.
      Hatiku GEMBIRA. Ini kerana ramai mengucapkan TAHNIAH sehingga ada yang ingin menolong untuk membuat assignment untukku....alhamdulillah ...
      Tapi, aku hanya tetap bersyukur kepada ALLAH swt atas apa yang telah diberikanNya kepadaku.Ada banyak hikmah yang tak dapat ditafsirkan kerana itu semua adalah rahsia sesuatu daripadaNya. 
    Aku hanya tanamankan niatku agar aku dapat menambahkan ilmu untuk diberikan semula kepada anak-anak didik generasi pewaris negara pada suatu hari nanti. Dapatnya aku melanjutkan pelajaranku ini hanya untuk meningkatkan ilmu pengetahuanku kepada anak-anakku yang menantiku di luar sana.
    Kepada anak-anakku, doakanlah agar gurumu ini berjaya mengharung cabaran dalam menuntut ilmu ini dan berilahku kemudahan dalam semua aspek fizikal, mental dan emosi. Doa-doa kalian semua hanya yang bolehku balas dengan kalian menjadi anak-anak soleh dan solehah dunia dan akhirat.