A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Sebulan lagi menjelang syawal 2011 7:33 PG

     Syawal tahun lalu 2010, kami keluarga Allahyarham Mustapa bin Mahmood telah menyambutnya di rumah baru Cikgu Shah Rizal dan Puan Fadzlun bte Ismail. Meriah sungguh kami berkumpul di sana.
    
     Suara riuh rendah anak-anak saudara dari usia yang berbeza. Usia anak saudara Pak usu dan Mak usu yang paling kecil sekali ialah setahun.
Maka riuhlah rumah Pak usu ini yang selalunya hanya bunyi suara kucingnya saja...
    
     Juadah kali ini dibawa dari rumah Cikgu Jehan, Cikgu Nina dan Pak cik Toni yang menaja nasi baryani syurga. Memang sedap nasi baryani ni kena dengan namanya. Pak long dan Mak long seperti biasa, bawa ketupat original dan lauk pauk sekali.

     Kami semua berkumpul di rumah baru Pak usu dan Mak usu selepas sembahyang raya. Selepas bermaaf-maafan dan mendapat duit raya barulah kami semua duduk berkumpul dan menjamu selera. Sambil makan sambil berbual-bual. Almaklumlah setahun sekali dapat berkumpul sambil makan-makan. Banyaklah cerita yang diluahkan. Cerita lama-lamalah yang paling best kerana membangkitkan nostalgia.

     Seterusnya, acara ambil gambar hari raya. Macam-macamlah gelagat dan teknik ketika nak ambil gambar. Ini bukannya apa, sebab ramai sangat jurugambar profesional katakan. Akhirnya, inilah gambar-gambarnya.


Keluarga besar kami

Keluarga Pak long dan Mak long






Anak-anak saudara Pak usu dan Mak usu
    

      Inilah dia hasil buah tangan daripada juru gambar profesional tu. Memang hebatkan. Kebanyakkan gambar yang diambil tu ialah gambar-gambar 'candid' iaitu tanpa disedari. Itu yang 'real'kan. Berikut ialah gambar keluarga masing-masing. 


Ahli keluarga Pak cik Bulat dan Hjh. Esah

Ahli keluarga Pak cik Razali dan Mak Betty

Ahli keluarga Pak cik Jamal dan Mak An


Ahli keluarga Pak long dan Mak long






     Selepas bergambar, lewat petang kami pun pulanglah ke rumah masing-masing dengan perasaan ukhuwah dalam keluarga kami.

     Sambutan hari raya tahun 2011 belum lagi ada perancangan di mana kami akan berkumpul. Insyallah, di doakan dapat berkumpul lagi semua ahli keluarga bersama bonda dan nenda tersayang, Hjh. Esah bte Abdul.

Hari Pasukan Badan Beruniform...berjaya 12:34 PG

Banner Hari  Pasukan Badan Beruniform
     Hari Sabtu, 9 Julai telah diadakan Hari Pasukan Badan Beruniform peringkat sekolah. Murid-murid yang terlibat ialah murid-murid tahap 2  iaitu murid tahun 4 dan tahun 5.

     Majlis bermula pada pukul 7.15 pagi dengan pendaftaran guru-guru pemimpin dan murid-murid di meja pendaftaran dan urus setia. Bagi guru-guru pemimpin semasa pendaftaran mereka dikehendaki menulis nama di atas kertas dan masukkan kertas tersebut ke dalam 'magic bottle'. Ini kerana ada cabutan nama bertuah. Amboi, bertuahlah badan yang dapat hadiah itu nanti ya!

Meja pendaftaran dan urus setia
    
    Seterusnya, semua guru pemimpin dan murid-murid berada di dataran maju untuk acara perhimpunan perasmian dan penutupan Hari PBB ini. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah "Maju terus maju". Tamat sahaja nyanyian lagu-lagu tersebut, ucapan perasmian dan penutupan daripada Tuan Guru besar, Encik Sulaiman bin Salleh.

Perhimpunan Hari PBB
     
Guru besar menyampaikan ucapan perasmian
                   

     Acara diteruskan dengan pertandingan-pertandingan. Pertandingan kawat kaki dan memasak diadakan di dataran maju. Pertandingan mendirikan khemah diadakan di dataran  blok baru. Seterusnya selepas kudapan ceramah pertolongan cemas di dataran blok baru.  Pertandingan 'explorace' diadakan sebaik sahaja tamat ceramah. Tepat pukul 12.30 tengah hari, rehat untuk makan tengah hari dan solat zohor.

Pasukan TKRS Johan mendirikan khemah
TKRS tempat ketiga kawad kaki
Batrisyia dan Zahrina berusaha memasak
                   

     Pertandingan seterusnya ialah pertandingan kebudayaan.Kesemua badan pasukan beruniform mengambil bahagian. Pertandingan diadakan di dataran blok baru. Pertandingan kebudayaan ini tamat pada pukul 3.00 petang. TKRS hanya berjaya meraih tempat keempat. 
     
     Selepas itu, penyampaian hadiah kepada cabutan nama bertuah kepada guru-guru yang amat bertuah pada hari tersebut. Seterusnya penyampaian hadiah untuk pertandingan yang telah diadakan. Johan keseluruhan diberikan kepada pasukan Tunas Puteri manakala TKRS hanya berjaya di tempat kedua. Tahniah dan syabas kepada guru-guru pemimpin TKRS dan semua ahli pasukan.

                            Lagu TKRS

Tahniah meraih naib johan keseluruhan
Usaha tangga kejayaan
      Sebelum bersurai, semua ahli PBB bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah seperti sedia kala. Majlis bersurai tepat pukul 4.00 petang.

                                            
                     Tepuk semangat untuk warga PBB
    
     Kelihatan di wajah guru-guru dan murid-murid berpuas hati dan gembira. Mereka berharap dapat diadakan lagi pada tahun hadapan. Tepuk semangat kepada semua guru pemimpin dan ahli PBB SK Tunku Mahmood 1, Kluang.