A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Majlis Malam Seribu Kenangan Hospital Permai 9:02 PTG

Bertempat di Grand Blue Wave, JB tepat pada pukul 8.00 malam kami sekeluarga turun ke Dewan Madini Level 7 dari bilik hotel kami. Kami telah 'check in' pada pukul 4.00 petang dari Kluang. Oleh itu kami mengambil keputusan bermalam di sini kerana majlis tamat pada pukul 11.00 malam.

     Aku dan suamiku, Dr. Hj. Jamaluddin Ahmad saja membawa anak-anakku...Zaidi, Ewan, Eiman dan Zara supaya mereka dapat 'enjoy' dan menikmati majlis malam seribu kenangan ini sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia yang telah pun berlalu pada 12 Mei 2011. Selalunya majlis sambutan ini meriah dan 'happening' maka sebab itulah kami membawa rombongan ini.
     Majlis tersebut memang santai betul...maka kami terasa lebih rapat kerana tiada protokol. Majlis dimulai dengan ucapan selamat datang yang ringkas daripada pembawa acara yang sememangnya menghidupkan suasana malam itu. Tahniah kepada pembawa acara! Setelah itu kami dihidangkan dengan halwa telinga daripada nyanyian tetamu VIP iaitu  Dr. Hj. Jamaluddin Ahmad dengan lagu kegemaran beliau Widuri yang dipopularkan oleh Broery Marantika. Malam tersebut suamiku diminta menyanyikan lima buah lagu. Lagu-lagu tersebut adalah lagu-lagu yang digemari beliau iaitu Bila bulan berbicara, Jangan kau berdusta, Angin malam dan Kau segalanya. Pendek kata malam tersebut macam konsert beliau pulak...
            
      Tamat saja lontaran suara yang merdu dan penyampaian yang penuh perasaan majlis cabutan nombor bertuah. Akan tetapi sebelum dapat hadiah, orang yang bertuah ini akan dikenakan betul-betul oleh pembawa acara yang riuh dan ceria tu. Macam-macamlah soalan mengejut yang dikemukakan membuatkan tetamu tak kering gusi dibuatnya....memang best betul semua tetamu, 'two thumbs up!' Selepas tu acara potong pulut kuning dan nyanyian lagu Selamat Hari Jadi Hari Jururawat oleh para ketua jururawat iatu Matron dan Sisters yang dah berpencen dan masih berkhidmat dengan Hospital Permai.
                
                           
      Kami pun meneruskan majlis dengan makan malam tepat pukul 9.00 malam, itu pun anakku Eiman asyik cakap lapar maklumlah dah pukul 9.00 malam. Makanan dimulakan dengan sup memang kegemaran Eiman. Makanan yang dihidangkan memang sedap walaupun ada makanan yang aku tak boleh makan tapi sental juga ... alahan belakang kira.. Memang seronok sambil makan sambil menikmati nyanyian daripada tetamu yang mengambil kesempatan menyumbangkan suara bukan menyumbangkan lagu tau sebab semua yang menyanyi memang berbakat.

                                        
                                        
    Malam tersebut tak sangka kami bernasib baik dan bertuah kerana kedua-dua nombor kami memenangi hadiah. Alamak! Anak-anakku pucat juga kerana soalan apalah yang akan dikenakan oeh pembawa acara itu. Nasib baik soalan-soalan itu okeylah dan boleh dijawab dengan tepat dan telus. Soalan yang ditujukan kepada Zaidi,"Ayah adik kan suka menyanyi, ada tak beliau nyanyikan untuk emak awak sewaktu nak tidur?" Ha!Ha!Ha!...jawab Zadi. Soalan untuk Ewan pulak," Adik awak semua berapa orang? Awak nak tak kalau dapat adik lagi?" Jawablah anak-anakku tu dengan tersenyum-simpul...Gelak besar Dewan Madini tu. Almaklumlah ayahnya tunjuk belang pandai nyanyi hanya kat tempat yang ada pentas. Penyanyi Pro lah katakan tak ada pentas tak boleh nyanyi. Manakala jawapan kedua, dia dah ramai adik-beradik tak nak tambah lagi... Memang dah tutup kilang pun emaknya...pecah rahsiakan! Dah jawab soalan cepu tu barulah dapat hadiah yang lumayan juga barangan elektrik iaitu pembakar roti dan cerek eletrik.
      Kedua-dua anakku yang kecil tu Eiman dan Zara memang sudah mengantuk kerana selalunya mereka tidur pukul 10.00 malam. Zara tertidur juga sekejap manakala Eiman dah sayup kelopak matanya. Dalam dewan tu memang sejuk betul tu yang menyebabkan budak berdua tu nak tidur tambahan pula penat kerana petang tu mereka mandi di kolam renang.


     
     Tengok gambar di atas Zara dah bangun dari tidur manakala Eiman pulak kelopak matanya dah nak tertutup sambil berpeluk tubuh kerana kesejukkan. Majlis tamat pada pukul 11.00 malam dengan acara penyampaian hadiah kepada suamiku oleh Matron hospital tersebut kerana tempoh hari ketika suamiku menamatkan perkhidmatan di Hospital Permai mereka tak sempat memberikan cenderamata kepada beliau. Terima kasih semua staf hospital tersebut!
                                                  
     Kami semua pulang dengan seribu kenangan dan tepatlah malam tersebut bertema "Majlis Malam Seribu Kenangan" Aku berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada setiap tetamu dan menyatakan perasaanku kepada mereka terutama kepada orang yang sangat penting pada malam itu sehingga membuatkan majlis tiga jam itu sungguh bermakna.

Kepada semua staf Hospital Permai terutama kepada Matron kerana budaya kerja yang cemerlang. Teruskan bakti anda dengan kegigihan anda! Tahniah dan terima kasih daripada kami sekeluarga. Didoakan silaturahim berkekalan dan sehingga berjumpa lagi....