A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Berilah CINTA dan KASIH SAYANGMU.... 7:44 PTG

♥If you have MUCH, give of your WEALTH;
 if you have LITTLE, give of your HEART♥
Rugi ke kalau kita memberikan cinta dan kasih sayang tu?
Kadang-kadang macam remeh saja ya....tetapi tau tak kalau kita suka memberi terutama cinta dan kasih sayang yang wujud dalam hati kita yang kecil dalam tubuh kita ini dapat mengubati semua penyakit hati.
    
     Tak percaya? Cubalah sendiri....Jika kita ikhlas memberi cinta dan kasih sayang kepada semua makhluk yang hidup di atas muka bumi ini, juga kepada tumbuh-tumbuhan yang tak bergerak ini dapat menghidupkan DUNIA dan terus wujud dan berdiri dengan ceria dan teguh.
    
     Contohnya juga jika kita berikan  cinta dan kasih sayang kepada anak kecil kita yang masih bayi dan baru lahir tu bayi kecil itu akan cepat membesar dengan ceria, cantik, bijak dan sihat. Begitulah juga dengan bumi kita ini.
    
     Oleh itu berilah cinta dan kasih sayang ikhlas yang tidak perlu kita keluarkan wang ringgit dan kekayaan kita kepada makhluk di sekeliling kita tanpa mengira martabat maupun bangsa dan agama. Wujudkanlah cinta dan kasih sayang itu....
    
     Hayatilah lagu penyanyi antarabangsa Celine Dion yang cukup bermakna ini yang bertajuk "THE POWER OF LOVE"

Cuti sekolah seminggu 6:32 PTG

Cuti sekolah sempena tahun baru cina dah nak hampir berlalu..... Tiada apa-apa yang dilakukan hanya asyik menghitung hari. Nak tau mengapa? Ini kerana tak sabar dan berdebar-debar nak tau di mana aku akan ditempatkan utuk belajar melanjutkan pelajaran.

     Ada jugalah pergi ke sekolah. Bukannya tunjuk rajin tapi kerana tugas nak diselesaikan. Ini kerana sekali lagi sekolah ini dicalonkan untuk New Deal dan calon sekolah kluster.

     Harapanku agar sekolah ini dapatlah memenuhi hati pemantau yang akan datang memantau nanti ya. Kalau tak memenuhi 100% hati mereka dapat dipantau dan tau mana-mana yang tak menepati tu untuk diperbaiki pun dah alhamdulillah....demi anak didik dan warga sekolah.

     Maka kami perlulah sentiasa bersedia untuk dipantau sehingga akhir bulan ni dan pada bila-bila masa sahaja.

    Siap bersedia okey dari segi mental, emosi, fizikal ...Harap-haraplah ya!