A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Cuti sekolah seminggu 6:32 PTG

Cuti sekolah sempena tahun baru cina dah nak hampir berlalu..... Tiada apa-apa yang dilakukan hanya asyik menghitung hari. Nak tau mengapa? Ini kerana tak sabar dan berdebar-debar nak tau di mana aku akan ditempatkan utuk belajar melanjutkan pelajaran.

     Ada jugalah pergi ke sekolah. Bukannya tunjuk rajin tapi kerana tugas nak diselesaikan. Ini kerana sekali lagi sekolah ini dicalonkan untuk New Deal dan calon sekolah kluster.

     Harapanku agar sekolah ini dapatlah memenuhi hati pemantau yang akan datang memantau nanti ya. Kalau tak memenuhi 100% hati mereka dapat dipantau dan tau mana-mana yang tak menepati tu untuk diperbaiki pun dah alhamdulillah....demi anak didik dan warga sekolah.

     Maka kami perlulah sentiasa bersedia untuk dipantau sehingga akhir bulan ni dan pada bila-bila masa sahaja.

    Siap bersedia okey dari segi mental, emosi, fizikal ...Harap-haraplah ya!

0 comments:

Catat Ulasan