A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

CUTI SEKOLAH LAWATAN KE KIDZANIA 8:30 PTG

Bertemu sekali lagi ya! Rasanya macam sudah lama tidak 'update' laman blog cikgu ini. Bukannya sudah lupa tapi disebabkan kesibukkan cikgu. Almaklumlah cikgu dapat peluang melanjutkan pelajaran dan masa mengajar di sekolah. Cuti ini barulah ada masa hendak 'update' laman blog yang sudah lama terbiar dan bersarang agaknya. 

        Cuti sekolah memang sangat-sangat dinantikan. Anak-anak cikgu pun dah mula merancang sejak sebulan lagi sebelum tutup akhir tahun persekolahan 2012. Mereka ini merancang hendak ke Kidzania di Mutiara Damansara di Kuala Lumpur. 

            Tiket untuk masuk telah lama ditempah oleh anak cikgu Muhd. Nurul Syafiq. Anak cikgu ini, belajar di Cyberjaya maka mudahlah baginya untuk menempah tiket tersebut. Harga tiket bagi kanak-kanak yang berumur 3 hingga 14 tahun adalah RM55 manakala bagi penonton tapi pula ialah RM35. Di laman blog cikgu Kelas : 5 Mutiara dihatiku ada cikgu sediakan pautan laman web Kidzania ni. Di sini murid-murid boleh mengetahui lebih lanjut tentang tempat menarik ini dan sekali gus menempah tiket secara 'on line'.

           Kami telah pun mengalami pengalaman yang amat berharga ini. Anak-anak cikgu sungguh teruja dan seronok dapat menghabiskan masa selama lima jam di sana. Walaupun lima jam akan tetapi masa tersebut tidak mencukupi untuk menguasai dan mengalami semua 99 jenis pekerjaan yang di dapati dalam Kidzania tersebut. Walaupun begitu, anak-anak cikgu cukup gembira menghayati pengalaman bermain, belajar dan bermain dengan watak-watak pekerjaan tersebut. Di dalam laman ini cikgu memuatnaik gambar-gambar pengalaman anak-anak cikgu di sana ya...

 Menikmati kesabaran menunggu

Kesempatan bergambar di Appartment Kidzania
Maaf ya cikgu hanya dapat memuatnaik hanya dua keping gambar . Ada masa akan memuatnaik lebih banyak lagi gambar untuk dikongsikan bersama semua.
Terima kasih!

Kesibukkan menjelang Syawal 4:49 PTG

 




Menjelang syawal memang banyak yang perlu diselesaikan.Semuanya perlu nampak cantik, ceria dan berseri pada hari tersebut. Kami sekeluarga terutama suamiku orang yang paling sibuk sekali. Beliau telah bercuti awal seminggu sebelum syawal tiba. Membersihkan rumah, mengecat  rumah, berbelanja pakaian hari raya kami sekeluarga sehinggaah berbelanja untuk bahan masakan. Beliau juga mengambil kesempatan memilih warna cat yang sesuai untuk rumah kami.TERIMA KASIH SAYANGKU!

     Banyak jugalah yang telah dikeluarkan tapi yang penting hati kami semua gembira pada hari tersebut....Syawal telah pun berlalu akan tetapi memori syawal memahat dalam ingatan kami....Terima kasih....

Lama tak update.... 6:11 PG

 Aduhai,lama betul tak update blog ini. Bukan sebab tak ada masa tapi disebabkan kesibukkan urusan belajar dan mengajar.Almaklumlah sejak jadi student balik semula banyaklah kerja-kerja sebagai seorang student mesti dibereskan. Urusan mengajar juga tak boleh dilupakan terutama mereka ini adalah punca rezekiku. Mestilah dedikasi dengan kerjayaku sebagai guru. Anak-anakku yang di tahun 6 Berlian tu tak lama lagi hanya tinggal beberapa hari lagi akan menghadapi UPSR 2012...Doa dan harapaku agar semuanya mendapat A dalam subjek yang aku ajar....insyallah.

 Bulan September ini, aku akan memulakan semester baru dan aku berharap ianya akan berlalu seperti semester yang lepas. Kegigihan dan doa daripada semua diharap dapat memberikan semangat dan kekuatan kepadaku...Terima kasih semua

Maaf memaafi susah ke....? 6:44 PTG



Maaf memaafi memang sentiasa dituntut untuk kita menuturkan perkataan yang pendek dan ringkas itu. Kekadang memang susah untuk seseorang meminta maaf. Ini kerana ego yang menebal dalam diri orang tersebut. 
     
     Adakah kalau kita meminta maaf itu bermakna kita ada membuat kesalahan atau kesilapan? Tidak semestinya...
Jika kita meminta maaf sentiasa dengan orang di sekeliling kita telah menunjukkan nilai diri kita sebesarnya. Tidak semestinya juga nilai diri kita ditentukan oleh orang, tetapi nilai diri kita sebenarnya hanya ditentukan oleh ALLAh swt.
     
     Tidak semestinya juga jika kita meminta maaf kita adalah yang bersalah tetapi sebenarnya itulah penghargaan kita dalam persahabatan dan silaturahim. Agama kita memang mengajar kita supaya menjaga ukhuwah kita sesama makhluk di atas muka bumi ini yang berkongsi tanah dan udara.
    
      Ego, super ego dan id ego memang ada dalam diri kita. Akan tetapi jika kita ingin dihargai dan menghargai, disayangi dan menyayangi, dihormati dan menghormati maka perlulah sentiasa maaf memaafi antara satu sama lain. 
     

Kisah Dirang...... 1:57 PG



Sedih betul-betul sedih apabila membaca cerita tentang kanak-kanak yang berusia lima tahun iaitu Dirang. Di manakah hati nurani seorang yang bernama manusia? Wajah Dirang yang comel dan suci itu sanggup diperlakukan oleh seorang yang bernama manusia. Haiwan pun sayang kan anak-anak mereka dan binatang yang lain. Haiwan yang tidak diberikan akal tetapi ada sikap perikemanusian.

     Saya dapat mengagak bahawa ayahnya tak akan mampu melakukan pekerjaan terkutuk itu kepada anaknya. Memang dia sayang kepada anaknya akan tetapi sikap manusia yang rakus dan pemikiran yang tidak stabil sahaja yang sanggup melakukan perkara di luar tahap kesedaran mereka.

     Daripada peristiwa dan kejadian ini dapat memberikan pengajaran kepada kita supaya mempunyai sikap-sikap yang baik yang perlu kita terapkan ke dalam jiwa dan nurani kita.

     Maka oleh itu, jagalah dan ambil tahu keselamatan anak-anak kita dan anak-anak tetangga kita. Jauhkan sikap pedendam dalam jiwa dan rohani kita. Rugikah jadi orang yang baik dan mencintai silaturahmi?

     Di doakan roh anak ini Dirang dicucuri rahmat dan di tempatkan kalangan para solehin....amin