A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Jemaah Nazir Datang Memantau 6:23 PG


Inilah sekolah tempatku mencurahkan bakti. Sudah dua tahun aku di tempatkan di sekolah ini. Tepuk dada tanyalah selera...seronok, bangga dan agak meletihkan juga.
    
Letih bukan kerana menghadapi kerenah anak-anak murid dan kerenah pihak pengurusan sekolah tapi letih kerana sekolah ini yang berbukit-bukit dan tinggi. Pulak tu aku ni memang suka bertumit tinggi ke sekolah. Pernah juga aku diperli rakan-rakan bahawa tak lama lagi tumit tinggi tu akan diganti dengan bersepatu leper  gara-gara sakit lutut. Aku hanya senyum sinis diperli mereka. Tapi itulah kenyataannya sekarang...

Tambahan pulak letih kerana sejak dua tahun di sini asyik kena pantau dengan pihak jemaah nazir saja. Maklumlah sekolah yang sentiasa mendapat prestasi yang cemerlang anak-anak didiknya hasil daripada didikan tenaga pengajarnya.

Hari ini bertarikh 31 Januari 2012 tepat pukul 8.00 pagi tibalah jemaah nazir seramai tiga orang untuk memantau kami. Hatiku berdebar-debar juga sejak keluar dari rumah pagi tadi. Sudah agak lama juga kami bersedia menanti ketibaan mereka ini ke sekolah kami.

Berdebar bukan pasal nak kena pantau tapi rupa-rupanya sebuah fail SPSK telah hilang. Kelam kabut juga dibuatnya tapi nasib baik fail itu fail kosong. Dokumen penting ada tapi tak menggunakan fail tersebut. Ok ajelah, tapi nak balik petang tadi guru besar memberitahu beliau yang menyimpannya sebab fail itu tak berisi dalamnya. Selamat, kalau tak tertanya-tanya siapalah yang berkenan dengan fail tersebut.

Aku balik dari sekolah pukul 2.00 petang, jemaah nazir masih ada lagi di sekolah. Tak taulah bagaimana seterusnya. Adakah sekolah kami layak untuk menerima imbuhan sekali lagi daripada kerajaan.

Insyaalah kalau ada rezeki tak akan ke mana....