A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Zoo Johor ....dulu kebun binatang 8:01 PG

Cuti sekolah pertengahan penggal pertama baru saja berlalu. Sepanjang cuti tu tak tau nak bawa ke mana budak-budak ni. Tak sangka suamiku nak bawa budak-budak yang masih kecil ni ke Zoo Johor. 
     Mula-mula tu rasa macam tak seronok sebab zoo tu macam tak syok aje....kalau gi zoo Melaka  best juga. Jauh perjalanan luas pengalaman katakan. Maka pergi jugalah...kata suamiku dah ok. Aku nak juga tengok yang dah ok tu...
     Sampai aje di depan pintu masuk, terperanjat juga  kiri kanan bahu jalan depan zoo tu dah penuh kereta. Maka kami pun parkir kereta dalam kawasan Masjid Abu Bakar.  Kami pun terpaksalah menapak ke zoo tu. Sampai pintu masuk kena beli tiket. Dewasa RM3 dan kanak-kanak RM 2. Ok juga harga tiket masuk.
     Kami masuk ke dalam halaman zoo, dan disambut deretan sangkar burung yang macam dalam filem RIO tu. Sukalah Zara dan Eiman dan jerit," Bah...tukan burung RIO.

 Betul tak, aku kata, macam burung RIO kan. Burung-burung ni bijak tau. Seronok tengok budak-budak ni happy tengok burung ni. Di depan sangkar burung ni terdapat tasik yang sangat luas. Boleh paddle di atas tasik ni. Di sediakan paddle bot. Maka dia orang ni tak lepaskan peluang nak paddle. Zara tak ikut hanya tengok abang-abangnya paddle dari tepi tasik. Kesian Zara! Sedih dia tak dapat naik paddle bot....
      Abang-abangnya Zaidi, Ewan dan Eiman seronok naik paddle bot. Lebih kurang 45 minit, mereka pun nak mendarat sebab penat mengayuh paddle bot tu. Ha, baru padan muka! Tadi beriya-iya nak naikkan.....
       Tengok Zara sangat sedih...Tapi tak apa dah dipujuk ayahnya....Tunggu Zara besar baru boleh naik ya...sayang ibu!
      Eimanlah yang paling seronok dan enjoy. Bukan saja dapat naik paddle bot tapi dapat naik kuda! Tapi Eiman tak seronok sebab dia berangan nak bawa sendiri tanpa dipegang penjaga kuda tu...
      Tengok tersenyum lebar juga Eiman dapat tunggang kuda tapi dalam hati Tuhan aje yang tau...gerammmmm...Selepas tu kita orang keliling zoo ni yang dulu dikenali Kebun Binatang pada zaman Sir Sultan Abu Bakar pada tahun 1845. Pada zaman tu kebun binatang ni terkenal di seluruh dunia. Sultan Johor ni suka berburu binatang dan binatang yang diburu dimasukkan ke dalam kebun binatang ni.....
Kini , telah dinaiktaraf dan banyak binatang yang boleh dilihat antaranya siamang, singa, harimau, gajah, orang utan dan banyak lagi...Zara tak suka asyik ajak balik sebab maklumlah nama pun zoo...

           
            Ada juga ambil gambar bersama dua ekor burung macaw yang bernama Tom dan Jerry. Harga seekor burung ni RM5000. Tapi burung ni cantik dan bijak. Sempat juga Ewan bergambar  dengan Tom yang bijak tu. Sebelum pulang dan sempat juga suamiku dan Zara bergambar dengan badut si penjual 
aneka bentuk belon. Zara takut nak bergambar dengan badut ni almaklumlah badut ni sangat pelik dan comel....
      Kami juga terhibur dengan pertunjukan burung macaw yang bijak tu. Burung-burung ni pandai berlakon, menaikkan bendera Johor, berlumba dan meneka. Pandai penjaganya mengajar burung-burung ni. Tahniah pertunjukan ini tidak mengecewakan. Kami juga sempat tengok beberapa ekor gorilla bersantai sambil bermain.

     Ini pertunjukan dua ekor burung macaw yang bijak tu sehingga mendapat  tepukan gemuruh daripada pengunjung Zoo Johor. 


     Selepas pertunjukan itu kami pun pulang. Tahniah Zoo Johor teruskan kegigihan anda semua. Terima kasih sayangku kerana membawa kami semua. Memang betul Zoo Johor telah banyak berubah...


     Luangkan masa dengan berkunjung ke Zoo Johor bila-bila masa sahaja. Kunjungan anda akan mengharumkan semula nama Zoo Johor....

Sambutan Hari Bapa...Meriah dan ceria...Terima kasih 1:57 PG

Bertepatan tarikh 19 Jun 2011 maka anak-anakku telah meraikan Hari Bapa...

    
      Sayangku telah bertanya kepadaku," Di manakah hendak makan malam ini? Aku pun berfikir dan berfikir tempat makan malam yang paling sedap dan special.
    
      " Ok bang ada sebuah tempat yang best untuk dinner Hari Bapa. Kak Nina kata kat taman tasek di dataran Kluang tu sedap juga," kataku kepada suami tercinta.
     
     Ingat nak masukkan gambar-gambar tu tapi lambat sangat. Maka kami pun pergilah ke sana. Ramai jugalah yang datang menjamu selera di sini. 
                                        
    Ha..sesiapa yang datang ke Kluang jangan lupa singgah makan disini. Sebelum makan malam tu, sempat juga suamiku memberikan ceramah ringkas. Ini bukan apa hanya nasihat dan bimbingan untuk anak-anak dalam kesempatan berkumpul. Aku gembira juga dapat berkumpul dan makan bersama-sama. Sayangnya dua orang anak kami iaitu Dr. Muhd. Nurul Zaim tak dapat balik. Maklumlah bekerja manakala Muhd. Nurul Hidayat pula nak pergi  temuduga setelah tamat belajar. Tak dapatlah mereka nak dengar ceramah sempena Hari Bapa tu.


                             
                             
     Habis ceramah yang berupa nasihat berguna tu, makanan pun dihidangkan. Tak sabar anak-anakku yang dua orang tu Zara dan Eiman nak makan. "Abah bila nak makan ni," jerit Eiman. Hidangan sampai aje maka makan macam 'dino' budak-budak tu.
                             
                           
      Sedapkan makanannya.....nyam..nyam..nyam...
Sambil makan sambil bercerita anak-beranak. Tapi yang paling sibuk sekali ialah Eiman dan Zara. Eiman makan juga tapi zara sibuk melayan tetamu. Bondaku Hjh. Aishah hanya mampu tersenyum melihat gelagat ke dua-dua cucunya yang lincah dan ceria itu.
      
     Tepat pukul 9.45 malam kami semua pun pulang  dengan perut yang kenyang.....Terima kasih sayangku...Terima kasih abah...