A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Gara-gara nak Hari Raya...Spa Tradisional 11:25 PTG

Ini dia cerita tentang anakku yang bernama Nur Zara Syaffiyah bte Hj. Jamaluddin...Nak tau apa keletahnya kali ini. Mari kita lihat....

Zara menikmati kedinginan hirisan timun pada matanya
 Aktiviti  di atas dilakukan kita semua orang sedang sibuk berbuka puasa. Kebetulan semalam kita buka puasa berulam timun dengan sambal belacan Sarawak. Zara ini semua dah sedia maklum seorang anak yang cerdas dan cergas. Dia nampak hirisan timun yang baru keluar dari peti sejuk. Dia pun apa lagi ambil lah dua hirisan. Kakaknya Hanny tanya dia nak buat apa dengan hirisan timun tu. Maka dia membalasnya dengan mengatakan nak letak kat mata.


Tak percaya juga saya, kecil-kecil lagi dah tau nak jaga kecantikan mata secara tradisional. Saya nak tau betul ke atau tak saya pun terus mencapai kamera dan merakamkan reaksinya tu... Memang betul dia baring atas katil dan melekapkan hirisan timun di matanya sambil menyanyi...Enjoy life betul anak ini ya! 


Selepas lebih kurang 10 minit, dia pun mengambil hirisan timun tu dari matanya. Nak tau apa dia buat dengan hirisan timun tu. Ha,...ini dia....