A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Taubat....Pintu itu masih terbuka.... 7:22 PG

Dalam firman Allah :
     " Taubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, supaya kamu beruntung"
                                                                                                           Surah An-Nur : 31


     " Minta ampun kepada Tuhanmu, kemudian taubatlah kepada-Nya maka ia akan memberimu kesenangan yang baik sampai masa yang telah ditentukan, dan tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan akan diberi keutamaan, tetapi jika kamu berpaling maka sesungguhnya aku (Muhammad) sangat mengkhuatirkan azab pada hari yang besar itu akan menimpamu."
                                                                                                           Surah Hud :3


     Dalam firman-Nya yang lain disebutkan :
     " Wahai orang-orang beriman! Bertaubatlah kamu semua kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengampuni kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai pada hari ALLAH tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan, " Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
                                                                                                            Surah At-Tahrim :8


     Ayat-ayat Al-Quran di atas ternyata telah menjelaskan dan mewajibkan kepada orang-orang yang beriman untuk bertaubat, ini supaya kita mendapat kebahgiaan hasil melakukan taubat itu.Kita juga telah dididik oleh hadis Rasulullah kepada umatnya untuk kerap memohon ampun dan bertaubat.
    
     Baginda Rasulullah meminta ampun dan taubat sebanyak sekian kali setiap hari. Itu tidak bererti bahawa baginda pernah melakukan dosa, kerana kita semua sedia maklum bahawa Nabi s.a.w. adalah ma'shum iaitu terpelihara daripada perbuatan dosa. Istighfar dan taubat Nabi s.a.w. hanyalah sebagai teladan kepada kita ummatnya. Renungkanlah....jika Nabi masih tetap memohon ampun dan bertaubat sebanyak seratus kali setiap hari inikan pula orang yang bukan Nabi.
   
      Dalam sebuah riwayat ada dinyatakan bahawa Nabi telah bersabda sebagai berikut :
      Dari Aghar bin Yasar al-Muzani ra, ia berkata," Rasulullah s.a.w. bersabda, " Wahai manusia ! Taubatlah kamu kepada Allah dan meminta ampun kepada-Nya, kerana sesungguhnya aku sendiri biasa bertaubat kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali."
                                                          Riwayat Muslim
    
     Hayati dan renung-renungkanlah cahaya mataku coretan kalam berharga dariku....Beruntunglah kamu yang sentia beristighfar dan bertaubat setiap hari. Mulakanlah hari ini juga....Insyallah.................

suara hati ayah.....(renungkanlah).wmv 2:36 PG


  Wahai semua cahaya mataku yang disayangi dan semua yang bergelar anak kepada seorang yang benama Bapa... Ayah.... Abah.....,

   Pinjamkan kepada diri kita semua sekejap saja rasa, deria dan perasaan untuk menghayati lagu yang syahdu ini sempena Hari Bapa tak berapa lama lagi....18 Jun 2011.... Sambil menghayati lagu ini, bacalah dan hayatilah baris-baris ayat yang dipaparkan di skrin tersebut.