A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Ayah sumber INSPIRASI dan ROLE MODEL...cahayamataku....benar... 8:10 PG

   
     Inspirasi, role model ayah yang bernama Dr. Haji Jamaluddin bin Ahmad untuk semua cahayamataku seramai sembilan orang. Kegigihan, kekuatan minda, ketegasan, ketenangan, kesabaran dan banyak nilai yang positif di dalam jiwa, emosi, minda dan fizikal beliau. Semua kesembilan-sembilan anakku itu beruntung ketahuilah, kamu memiliki seorang bapa yang berkaliber, penyelesai masalah, berpandangan jauh dan sebagai penjana transformasi kekeluargaan.


     Usia beliau yang hampir mencecah 56 tahun, dalam kegigihan dan penghayatan berkarier begitu disayangi dan dirindui oleh semua staf  beliau.Beliau akan sentiasa didekati dan dihargai di mana saja beliau berada. Ini amat dikagumi sebagai pemimpin dalam organisasi masa kini. Karisma beliau begitu dikagumi oleh isteri, anak-anak dan sesiapa sahaja yang berhubung rapat dengan beliau. Anak-anakku, hargailah dan sanjungilah role modelmu ini. Kamu sungguh bertuah, wahai anak-anakku cahayamataku !


    Rapati dan kenalilah susuk tubuh yang gagah perkasa ini. Pelajari daripada beliau ilmu yang beliau punyai. Jangan kau jauhi susuk tubuh ini daripadamu wahai anak-anakku! Jadikanlah pengalaman dan kegigihan beliau sejak kecil yang menjaja kuih pulut undang sehingga beliau berjaya dengan cemerlang ijazah MBBS (UM) itu sebagai semangat kepadamu pula cahayamataku. Mengharumkan nama keluarga dengan kejayaan meraih gelaran DOKTOR pada ketika dan saat serba kekurangan adalah memerlukan semangat dan mental yang kuat.....cahayamataku adakah kamu serba kekurangan saat dan ketika ini ?...


     Tepuk dada tanyalah selera... Bolehkah aku memiliki kegigihan, kekuatan dan kesungguhan seperti role modelku ini? Kepercayaan, keyakinan dan ketelusan boleh membatasi perkataan " TIDAK AKU TIDAK BOLEH!" . Kasih sayang, doa dan harapan seorang yang bernama ayah itu menjadikan cahayamataku role model seterusnya. Anak-anakku jadikanlah ayahmu ini sumber inspirasi untuk menjadikanmu role model seterusnya dalam keluargamu pada suatu hari nanti.


     Dedikasi beliau kepada keluarga, organisasi dan jabatan begitu dipandang dan disanjung tinggi. Pengalaman bekerja bersama beliau di jabatan telah menjadi tonggak kejayaan di mana saja beliau berada. Beliau boleh dikatakan seperti di dalam bait-bait lagu yang dipaparkan di video lagu tersebut...Ketidakberadaan beliau di jabatan yang beliau singgahi untuk berkhidmat sungguh dirasai. Bak kata bait-bait lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, " hilangmu tiada berganti". Kemesraan bila berbicara, kehangatan bila diperlukan dan kenyamanan bila bersama begitu dirasai tanpa batasan usia dan taraf.


     Senyum bila bersapa,
     tegas bila berkerja,
     ramah bila berbicara,
     sopan bila bersama,
     setia bila mendengar,
     bijak mengeluarkan idea,
    
     kacak bila bergaya,
     rindu bila tak bersama,
     tabah bila berduka,
     tenang bila bergelora,
     benar..sebenar benarnya,
     Itulah dia pemimpin sebuah keluarga...


     Kejayaan demi kejayaan yang diberikan kepada beliau oleh cahayamataku diharapkan dapat menghargai jasa-jasa yang telah dicurahkan selama ini. Didoakan kejayaan dan kecemerlangan tersebut adalah hasil daripada inspirasi dan ayah sebagai role model tersebut. Kepada cahayamataku yang lain, tidak berapa lama lagi menghadapi ujian besar yang menentukan masa depanmu, jadikan ayah dan abang-abangmu along, achik dan uda sebagai inspirasi dan role modelmu pula. Along, Achik dan Uda,"Teruskanlah cahayamataku untuk mengharung hidup yang penuh cabaran dan onak ini supaya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang seperti ayahmu!"


     Renungi dan hayatilah cahayamataku, di atas kegigihan dan dedikasi ayah inspirasi dan role modelmu itu. Belajarlah menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik di dalam diri ayahmu. Korek dan galilah ilmu yang didapati dalam diri mutiara dalam keluargamu. Jadikanlah role modelmu ini sebagai sahabat yang baik ketika susah, rakan yang setia ketika marah dan kawan yang sejati ketika senang.


     Terima kasih cahayamataku atas masa dan minda yang diberikan kepadaku...
     Selamat Hari Bapa....sayangku...


    


    


    

0 comments:

Catat Ulasan