A.S.A.M.....GARAM
Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....
Jemaah Nazir Datang Memantau | 6:23 PG |
comments (0)
Filed under:
Coretan hjhnoor 0731
|
Inilah sekolah tempatku mencurahkan bakti. Sudah dua tahun aku di tempatkan di sekolah ini. Tepuk dada tanyalah selera...seronok, bangga dan agak meletihkan juga.
Letih bukan kerana menghadapi kerenah anak-anak murid dan kerenah pihak pengurusan sekolah tapi letih kerana sekolah ini yang berbukit-bukit dan tinggi. Pulak tu aku ni memang suka bertumit tinggi ke sekolah. Pernah juga aku diperli rakan-rakan bahawa tak lama lagi tumit tinggi tu akan diganti dengan bersepatu leper gara-gara sakit lutut. Aku hanya senyum sinis diperli mereka. Tapi itulah kenyataannya sekarang...
Tambahan pulak letih kerana sejak dua tahun di sini asyik kena pantau dengan pihak jemaah nazir saja. Maklumlah sekolah yang sentiasa mendapat prestasi yang cemerlang anak-anak didiknya hasil daripada didikan tenaga pengajarnya.
Hari ini bertarikh 31 Januari 2012 tepat pukul 8.00 pagi tibalah jemaah nazir seramai tiga orang untuk memantau kami. Hatiku berdebar-debar juga sejak keluar dari rumah pagi tadi. Sudah agak lama juga kami bersedia menanti ketibaan mereka ini ke sekolah kami.
Berdebar bukan pasal nak kena pantau tapi rupa-rupanya sebuah fail SPSK telah hilang. Kelam kabut juga dibuatnya tapi nasib baik fail itu fail kosong. Dokumen penting ada tapi tak menggunakan fail tersebut. Ok ajelah, tapi nak balik petang tadi guru besar memberitahu beliau yang menyimpannya sebab fail itu tak berisi dalamnya. Selamat, kalau tak tertanya-tanya siapalah yang berkenan dengan fail tersebut.
Aku balik dari sekolah pukul 2.00 petang, jemaah nazir masih ada lagi di sekolah. Tak taulah bagaimana seterusnya. Adakah sekolah kami layak untuk menerima imbuhan sekali lagi daripada kerajaan.
Insyaalah kalau ada rezeki tak akan ke mana....
SYAIR BONDA....Hayati dan nikmatilah | 4:13 PTG |
Filed under:
Coretan hjhnoor 0731
|
Dengarlah ini bonda berperi,
Buat anakanda permata hati,
Sematkan ia di sanubari,
... Menjadi panduan mukmin sejati.
Sembilan bulan dalam kandungan,
Sakit dan lelah bonda menahan
Demi anakanda anugerah junjungan,
Kasih bonda jadi taruhan.
Lahirnya anakanda penyuluh hari,
Penyeri hidup penambat rezeki.
Kuntuman jiwa seharum kasturi,
Memandang wajahmu damai di hati
Aduhai anakanda penawar sukma,
Besarlah anakanda sebagai hambaNya,
Jadi teladan menjunjung agama,
Taat yang Esa jauhi laranganNya.
Lenalah anakanda dalam buaian,
Tersimpul rahmat dalam impian,
Timbunan harta bukan tujuan,
Ilmu dan taqwa jadi pakaian.
Musim berlalu cepat di rasa,
Kini anakanda telah remaja,
Kasihnya bonda rindu di jiwa,
Kerana anakanda jauh di mata.
Dalam mengejar ilmu di dada,
Ikhlas berbudi sesama saudara,
Cekal di hati dugaan melanda,
Hanya iman mengusung bahagia.
Pandailah anakanda membawa diri,
Di bumi orang anakanda berdiri,
Segala pesan moga di ingati,
Jadilah anakanda seorang wara'i.
Pulanglah anakanda membawa cahaya,
Penyuluh malam yang gelap gelita,
Mendaulat kasihNya insan mulia,
Memimpin ummah yang kini luka.
Berilah CINTA dan KASIH SAYANGMU.... | 7:44 PTG |
Filed under:
Coretan hjhnoor 0731
|
Kadang-kadang macam remeh saja ya....tetapi tau tak kalau kita suka memberi terutama cinta dan kasih sayang yang wujud dalam hati kita yang kecil dalam tubuh kita ini dapat mengubati semua penyakit hati.
Tak percaya? Cubalah sendiri....Jika kita ikhlas memberi cinta dan kasih sayang kepada semua makhluk yang hidup di atas muka bumi ini, juga kepada tumbuh-tumbuhan yang tak bergerak ini dapat menghidupkan DUNIA dan terus wujud dan berdiri dengan ceria dan teguh.
Contohnya juga jika kita berikan cinta dan kasih sayang kepada anak kecil kita yang masih bayi dan baru lahir tu bayi kecil itu akan cepat membesar dengan ceria, cantik, bijak dan sihat. Begitulah juga dengan bumi kita ini.
Oleh itu berilah cinta dan kasih sayang ikhlas yang tidak perlu kita keluarkan wang ringgit dan kekayaan kita kepada makhluk di sekeliling kita tanpa mengira martabat maupun bangsa dan agama. Wujudkanlah cinta dan kasih sayang itu....
Hayatilah lagu penyanyi antarabangsa Celine Dion yang cukup bermakna ini yang bertajuk "THE POWER OF LOVE"
Cuti sekolah seminggu | 6:32 PTG |
Filed under:
Coretan hjhnoor 0731
|
Ada jugalah pergi ke sekolah. Bukannya tunjuk rajin tapi kerana tugas nak diselesaikan. Ini kerana sekali lagi sekolah ini dicalonkan untuk New Deal dan calon sekolah kluster.
Harapanku agar sekolah ini dapatlah memenuhi hati pemantau yang akan datang memantau nanti ya. Kalau tak memenuhi 100% hati mereka dapat dipantau dan tau mana-mana yang tak menepati tu untuk diperbaiki pun dah alhamdulillah....demi anak didik dan warga sekolah.
Maka kami perlulah sentiasa bersedia untuk dipantau sehingga akhir bulan ni dan pada bila-bila masa sahaja.
Siap bersedia okey dari segi mental, emosi, fizikal ...Harap-haraplah ya!
ALHAMDULILLAH... | 12:28 PG |
Filed under:
Coretan hjhnoor 0731
|
Pada 16 Januari yang baru berlalu hatiku sangat gembira. Ini kerana aku telah dapat tawaran melanjutkan pendidikanku. Harapanku agar aku dapat meneruskan pelajaran dengan doa serta sokongan semua.
Hatiku GEMBIRA. Ini kerana ramai mengucapkan TAHNIAH sehingga ada yang ingin menolong untuk membuat assignment untukku....alhamdulillah ...
Tapi, aku hanya tetap bersyukur kepada ALLAH swt atas apa yang telah diberikanNya kepadaku.Ada banyak hikmah yang tak dapat ditafsirkan kerana itu semua adalah rahsia sesuatu daripadaNya.
Aku hanya tanamankan niatku agar aku dapat menambahkan ilmu untuk diberikan semula kepada anak-anak didik generasi pewaris negara pada suatu hari nanti. Dapatnya aku melanjutkan pelajaranku ini hanya untuk meningkatkan ilmu pengetahuanku kepada anak-anakku yang menantiku di luar sana.
Kepada anak-anakku, doakanlah agar gurumu ini berjaya mengharung cabaran dalam menuntut ilmu ini dan berilahku kemudahan dalam semua aspek fizikal, mental dan emosi. Doa-doa kalian semua hanya yang bolehku balas dengan kalian menjadi anak-anak soleh dan solehah dunia dan akhirat.