A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

Cara membuat seseorang suka kepada kita..... 1:43 PG

      Susah ke hendak buat orang suka kepada kita? Rasa-rasanya taklah susah sangatkan. Apakah ciri-ciri yang boleh buat orang suka kepada kita? Mengikut pendapat saya yang hanya sedengkal ini memang banyak yang boleh kita lakukan.

i.      Relakah kita jadi pendengar yang setia?
ii      Relakah kita menjadi peguam yang sentiasa memahami   rakan kita itu?
iii     Relakah kita jadi kaunselor yang terbaik kepada mereka?
iv     Relakah kita menjadi pengkritik bebas mereka?
vi     Relakah kita menjadi bank mereka?
vii    Relakah kita menjadi segala-galanya kepada mereka?

        Memang susah kalau kita tidak sanggup berkorban tenaga, wang ringgit dan air mata agar mereka atau sesiapa sahaja suka kepada kita. Penting sangat ke agar orang suka kepada kita?

        Tepuk dada tanyalah selera.... Bagi saya memang penting ini kerana kalau tak ada orang yang suka kepada kita dunia kita akan menjadi sunyi dan sepi. Kenapa?

         Ini kerana tiada hilai gelak tawa, tangisan air mata, kongsi kegembiraan dan kedukaan. Kadang-kadang saudara mara pun tidak akan memahami kita. Rakan-rakanlah tempat kita menumpang bahu mereka apabila kita ingin kongsi segala-galanya. Selain daripada itu, ramai orang suka kepada kita maka murahlah rezeki kita. 

         Oleh itu, berusahalah untuk menjadi yang terbaik kepada orang di sekeliling kita agar kita disukai oleh mereka. Agak seronokkan kalau orang atau sesiapa pun akan berkata kepada kita, " Eh, awak tak ada semalam saya rasa rindu lah kat awak?" 
   Best tak? Tentu seronok betul tak.....
     

0 comments:

Catat Ulasan