A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

SUJUD SYUKUR AKU... 3:54 PG

Pagi sabtu 1 ogos, aku dan suamiku serta zara dan eiman pun bertolaklah ke port dickson negeri sembilan. Kami ke sana kerana nak ambil adik aku Betty dan anak-anaknya balik ke kluang. Tujuannya balik ke kluang kerana nak berubat, berpuasa dan menenangkan fikirannya. Dah nak dekat pagoh lebih kurang 1o km lagi tol keluar pagoh tanpa diduga satu kejadian seperti mimpi buruk telah berlaku. Kejadian ini berlaku di 134.9 km arah ke utara.

  

Tanpa berlengah suamiku menghimpit kereta ke tepi jalan raya. Setelah turun dari kereta kami dapati tayar kereta telah pecah dan terkoyak. Nampak gaya tayar kereta tu macam di sabotaj tapi tak taulah. Alhamdulillah, peronda PLUS Utara Selatan sampai di tempat kejadian tak sampai 10 minit. Terima kasih PLUS di atas kerjasama dan keprihatinan anda menolong kami. Ha, ini tayar yang pecah tu...


 Teruk jugakan tayar yang pecah dan terkoyak tu. Mau tak aku sujud syukur kerana kami tak mengalami apa-apa. Aku hanya mampu mengucapkan alhamdulillah atas kejadian ini.

0 comments:

Catat Ulasan