A.S.A.M.....GARAM

Menyampaikan artikel, cerita pengalaman, bahan sebagai motivasi dan muhasabah dan kejayaan individu tertentu.....

TIDAK LEPAS PELUANG LANGSUNG... 2:45 PTG

Anak-anak kalau dinamakan anak-anak memanglah mereka itu anak-anak. Eiman dan Zara tak lepas peluang langsung, pandai saja mereka gunakan ruang dan masa yang diberikan. Ketika kereta kami sedang dibaiki anak-anak ini pun melakukan aktiviti yang boleh buat mereka tak bosan.


Inilah aktiviti mereka...Lihatlah aksi-aksi mereka yang sempat aku rakamkan ketika kami tersangkut di lebuh raya tempuh hari itu.








Mereka enjoy betul main daun-daun pokok ketapang dan ranting-ranting yang jatuh di atas rerumput tu. Tapi mereka hanya sempat gunakan masa yang tak sampai 15 minit tu. Kereta kami pun siap ditukar tayar yang pecah tu dengan spare tayar yang boleh meneruskan perjalanan kami ke Port Dickson, Negeri Sembilan dengan selamatnya.


 Whoa...inilah dia tayar spare yang dah siap digantikan dengan tayar yang pecah tu. Maka peluang berkelah di tepi lebuh raya pun tamatlah bagi dua orang bebudak yang tak lepaskan peluang tu...

1 comments:

syifa azzahra berkata...

meskipun sekejap je tapi zara n eiman nampak enjoy main kat situ,,salam kenal dan sayang dari kak syifa buat kalian berdua ye,,

Catat Ulasan